INFO JKKKP PERMATANG JANGGUS

Selasa, 22 Jun 2010

INFO JKKKP PERMATANG JANGGUS

JKKKP Permatang Janggus terdiri daripada;

Kawasan Parlimen Kepala Batas
KADUN Penaga

1. Kampung Permatang Janggus
2. Kampung Lahar Minyak
3. Kampung Guar Tuan Syed
4. Kampung Lembah


1. Kampung Permatang Janggus
Kampung Permatang Janggus terdapat seramai 1250 (2010) orang penduduk dan terdiri daripada seratus peratus berbangsa melayu. Pekerjaan utama penduduk disini adalah sebagai Petani (sawah padi), pekerja sektor awam dan pekerja disektor swasta serta menjalankan perniagaan sendiri. DiKampung ini terdapat kemudahan yang terdiri daripada sebuah Masjid, dua buah surau, sebuah sekolah SK. Permatang Janggus, sebuah Tadika KEMAS, sebuah Kilang Tepung Eng Heap Seng, sebuah sekolah Agama Rakyat.

2. Kampung Lahar Minyak
Kampung Lahar Minyak terdiri daripada 830 (2010) orang penduduk dan seratus peratus adalah berbangsa melayu. Pekerjaan utama penduduk disini adalah sebagai Petani (sawah padi), pekerja sektor awam dan pekerja disektor swasta serta menjalankan perniagaan sendiri. Terdapat kemudahan asas terdiri daripada sebuah masjid, sebuah SMKA Rakyat (SMKA Maahad Imam An-Nawawi), sebuah Perpustakaan Desa Cyber Ilmu, sebuah Bengkel membuat Grill Besi, sebuah kilang roti, sebuah kedai runcit, sebuah Bilik Kawalan Malam dan sebuah Dewan Orang Ramai.

3. Kampung Guar Tuan Syed
Kampung Guar Tuan Syed terdapat seramai 430 (2010) orang yang terdiri daripada seratus peratus berbangsa melayu. Pekerjaan utama penduduk disini adalah sebagai Petani (sawah padi), pekerja sektor awam dan pekerja disektor swasta serta menjalankan perniagaan sendiri. Kemudahan awam yang terdapat disitu ialah sebuah surau.

4. Kampung Lembah
Kampung Lembah terdiri daripada seramai 580 (2010) orang penduduk yang terdiri daripada seratus peratus berbangsa melayu. Pekerjaan penduduk disini adalah sebagai Petani (sawah padi), pekerja sektor awam dan pekerja disektor swasta serta menjalankan perniagaan sendiri. Manakala kemudahan awam yang terdapat disitu ialah sebuah Masjid, sebuah Dewan Orang Ramai, subuah Tadika Kemas, sebuah Padang Permainan.






WAWASAN (5B) JKKKP PTG JANGGUS

1. Bersatu. Sesuatu perkara perlu bersatu untuk berbincang.
2. Berbincang. Apabila bersatu perlu mendapat restu melalui mesyuarat dan
berbincang untuk membuat keputusan.
3. Berani. Apabila mencapai kata sepakat, maka keputusan yang dibuat dan semua perlu
bersatu.
4. Bertindak. Keputusan yang dibuat maka semua ahli hendaklah bertindak secara dengan
keputusan tersebut.
5. Berdoa. Satelah semua yang dirancang dan tindakan diambil maka segalanya diserahkan ke
Maha Kuasa dengan berdoa.